~Produk Ciptaan oleh Mark Zucherberg. Boleh ke menggunakan produk ciptaan Yahudi? Selamat kah?~
Bagi pendapat saya ,bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook , dinasihatkan tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram. Contoh , menyertai contest atau jackpot atau games atau dasar 'main-main dan sebagainya yang ditawarkan oleh pihak tertentu yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap berhati-hati mereka disarankan memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melelui tulisan, video, audio dan sebagainya. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa ,diri dan orang lain. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Ini kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank,taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama,tarikh lahir dan pendidikan. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Malahan, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira menggunakan Facebook adalah kekal HARUS atau DIBENARKAN. Manfaatkan facebook untuk sebarkan mengenai pendidikan Islam adalah DIGALAKKAN sebab ramai dikalangan muda mudi kurang terdidik . Wasalam~
/>