Posted in
Artikel
Posted by
worldpure(dot)comon Feb 27, 2010
at
1:39 PM
Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship) akhir-akhir ini menjadi semakin popular terutama selepas salah seorang tokohnya Dr. Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bank di Bangladesh dianugerahi Nobel untuk perdamaian tahun 2006. Namun di Malaysia sendiri kegiatan ini masih belum mendapat perhatian yang menyeluruh daripada kerajaan dan para tokoh masyarakat kerana belum ada kejayaan yang menonjol secara nasional.
Sesungguhnya Social Entrepreneurship sudah dikenali ratusan tahun yang terdahulu antara lain oleh Florence Nightingale (pengasas sekolah jururawat pertama) dan Robert Owen (pengasas koperasi). Apakah Social Entrepreneurship sendiri berkembang sejak tahun 1980-an yang dimulakan oleh para tokoh-tokoh seperti Rosabeth Moss Kanter, Bill Drayton, Charles Leadbeater dan Profesor Daniel Bell daripada Universiti Harvard yang berjaya dalam kegiatan Social Entrepreneurship kerana sejak tahun 1980 berjaya membentuk 60 pertubuhan yang tersebar diseluruh dunia.
Apakah sederhana daripada Social Entrepreneur adalah seseorang yang memahami permasalahan sosial dan menggunakan kemampuan entrepreneurship untuk melakukan perubahan sosial (social change), terutamanya meliputi bidang kesejahteraan (welfare), pendidikan dan kesihatan (healthcare). Jika business entrepreneurs mengukur keberkesanan prestasi kewangan (keuntungan ataupun pendapatan) maka social entrepreneur kejayaannya diukur dari manfaat yang dirasakan oleh masyarakat.
Bagi mendisiplinkan ilmu ekonomi perkataan entrepreneur merupakan darah daging sejak semester pertama sudah diperkenalkan dengan tokoh-tokohnya antara lain Richard Cantillon (1755), JB Say (1803) dan J. Schumpeter (1934). Cantillon menyatakan entrepreneur sebagai seseorang yang menguruskan syarikat atau usaha berdasarkan keupayaan dalam menghadapi risiko yang berkaitan (a person who undertakes and operates a new enterprise or venture and assumes some accountability for inherent risks);
JBSay memberikan pengertian entrepreneur sebagai seseorang yang mampu meningkatkan nilai sumber ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, baik produktiviti mahupun nilainya (a person who creates value by shifting economic resources out of an area of lower and into an area of higher productivity and greater yield), sedangkan Schumpeter mentakrifkan "unternehmer" atau entrepreneur sebagai an innovative force for economic progress, important in the process of creative destruction and therefore as a change agent.
Dari berbagai pengertian tersebut maka Social Entrepreneur sesungguhnya adalah agen perubahan (change agent) yang mampu untuk :
•Melaksanakan cita-cita mengubah dan memperbaiki nilai-nilai sosial
•Mencari peluang untuk melakukan perubahan
•Sentiasa melibatkan diri dalam proses inovasi, adaptasi, pembelajaranyang terus menerus
•Bertindak tanpa menghiraukan hambatan atau keterbatasanyang dihadapinya
•Memiliki akauntabiliti dalam mempertanggungjawabkan keputusan yang dicapainya, kepada masyarakat
Yang menggembirakan bahawa akhir-akhir ini adalah terjadinya pergeseran social entrepreneurship yang mula dianggap merupakan kegiatan "non-profit" (antara lain melalui kegiatan amal) menjadi kegiatan yang berorientasikan perniagaan (entrepreneurial private-sector business activities). Keberhasilan lagenda dari Grameen Bank dan Grameen Phone di Bangladesh adalah salah satu contoh berlakunya pergeseran orientasi dalam menjalankan program social entrepereneurship. Hal ini menjadi daya tarik bagi dunia perniagaan untuk turut serta dalam kegiatan social entrepreneurship, kerana ternyata dapat menghasilkan keuntungan kewangan. />
Posted in
Peringatan
Posted by
worldpure(dot)comon Feb 23, 2010
at
10:33 AM
SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?
JAWAPAN:
Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.
Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri. Hadis riwayat Muslim: 5240. Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).
Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.
Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925(Sumber islamonline.net)
Boy's Banter!
-
** Due to Scam, My Little Sprouts is currently closed for public!*
Last month when I tried to help my boy(3 years 4 months old) to shower his
head. He aske...
MINYAK WANGI GRED A
-
Pure Mediterranean Perfumes, jenama haruman yang semakin dikenali kerana
bukan saja murah tetapi kewangiannya tahan lama malah diyakini pengguna
s...