CORETAN : Akhir Kalam



Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk

Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN


Sabar adalah kunci segala-galanya.Perhatikan nama Allah ke 99 adalah As-Sobuur (Yang Maha Penyabar)

Kata seorang ahli sufi, jika benar-benar diterapkan sifat sabar ini, sifat-sifat Asmaul Husna Allah yang 98 lagi tu insya-Allah berjaya diterapkan dalam diri seorang mukmin

Binasa manusia kerana tak berilmu
Binasa ilmu kerana tak beramal
Binasa amal kerana tak ikhlas
Binasa ikhlas kerana riyak


Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.


Yang penting dalam hidup jangan menyusahkan orang,menipu,khianat dan sebagainya.
maka jika yg tersebut di atas itu tiada,maka bahagialah perjalanan hidupnya..
baik buruk dan balasannya akan berubah-ubah ikut zaman dan tempat dia tinggal,mungkin baik disini tapi 10 ribu batu disana buruk,begitulah juga berubah zaman, berubah penilaian.
Sejak akhir zaman ini kemungkaran lebih banyak dibuat oleh penganut agama daripada yg tak beragama,bukti terlalu banyak,saya pernah berkawan dengan mereka yang atheis dan freethinker yang percaya tuhan tapi tidak beragama kadang-kadang nampak mereka lebih berperi kemanusian,penyayang,mudah mengasihani mana-mana makhluk ciptaan Allah daripada mereka yang beragama.
walaupun mereka tak percaya agama tetapi moral,etika dan displin untuk kebaikan mereka tinggi mereka takut membuat kemungkaran kerana mereka yakin segala perbuatan yang menganiaya orang akan dapat balasan setimpalnya didunia lagi,mereka yakin hukum karma atau keseimbangan alam,mereka percaya perjalanan bumi di atur tuhan dengan ketetapan.

Sebaliknya di depan mata kini sendiri selalu nampak mereka yang beragama mudah menghukum kerana fanatik kepercayaannya dan balasan di bumi lagi lihatlah contoh yang terdekat dengan negara jiran kita negeri paling alim di nusantara kerana telah dan dalam proses sepenuhnya melaksanakan hukum agama contoh acheh dan padang satu kena tsunami mati beratus-ratus ribu orang dan satu lagi negeri gempabumi mati berpuluh-puluh ribu org.

Lebih baik hidup saling sayang menyayangi antara sesama makhluk lebih bahagia aman dan tenteram,manusia dilahirkan dibumi hanya sementara sebagai persinggahan tetapi akan kembali ke tempat kekal abadi.

/>

2 comments:

Reka Impian said...

ilmu itu pelita hidup.. ilmu kurang, hidup akan gelap.. ilmu byk, insyaallah terang la hidup di dunia ni.. itu pn jika ilmu yg ditimba tu adalah di atas jalan yg diredhai-Nya..

tanpa ilmu, pincanglah kehidupan..

worldpure(dot)com said...

@Reka Impian,
Yup, memang benar bukan setakat Ilmu di dunia shj yg harus kita tuntut dan belajar. Ilmu akhirat pun perlu titik beratkan sepenuhnya..Ilmu dunia yg kita ambil menjadi amalan kita selama ini utk dijadikan sumber utk ilmu di akhirat kelak. kalau kita tak beramal atau kurg amalan maka pincanglah ilmu . Habislah segala apa yg kita tuntut hanya sia2 aja..

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pendapat yang bernas tentang tajuk perbincangan di blog saya.