Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

CORETAN : Akhir Kalam



Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk

Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN


Sabar adalah kunci segala-galanya.Perhatikan nama Allah ke 99 adalah As-Sobuur (Yang Maha Penyabar)

Kata seorang ahli sufi, jika benar-benar diterapkan sifat sabar ini, sifat-sifat Asmaul Husna Allah yang 98 lagi tu insya-Allah berjaya diterapkan dalam diri seorang mukmin

Binasa manusia kerana tak berilmu
Binasa ilmu kerana tak beramal
Binasa amal kerana tak ikhlas
Binasa ikhlas kerana riyak


Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.


Yang penting dalam hidup jangan menyusahkan orang,menipu,khianat dan sebagainya.
maka jika yg tersebut di atas itu tiada,maka bahagialah perjalanan hidupnya..
baik buruk dan balasannya akan berubah-ubah ikut zaman dan tempat dia tinggal,mungkin baik disini tapi 10 ribu batu disana buruk,begitulah juga berubah zaman, berubah penilaian.
Sejak akhir zaman ini kemungkaran lebih banyak dibuat oleh penganut agama daripada yg tak beragama,bukti terlalu banyak,saya pernah berkawan dengan mereka yang atheis dan freethinker yang percaya tuhan tapi tidak beragama kadang-kadang nampak mereka lebih berperi kemanusian,penyayang,mudah mengasihani mana-mana makhluk ciptaan Allah daripada mereka yang beragama.
walaupun mereka tak percaya agama tetapi moral,etika dan displin untuk kebaikan mereka tinggi mereka takut membuat kemungkaran kerana mereka yakin segala perbuatan yang menganiaya orang akan dapat balasan setimpalnya didunia lagi,mereka yakin hukum karma atau keseimbangan alam,mereka percaya perjalanan bumi di atur tuhan dengan ketetapan.

Sebaliknya di depan mata kini sendiri selalu nampak mereka yang beragama mudah menghukum kerana fanatik kepercayaannya dan balasan di bumi lagi lihatlah contoh yang terdekat dengan negara jiran kita negeri paling alim di nusantara kerana telah dan dalam proses sepenuhnya melaksanakan hukum agama contoh acheh dan padang satu kena tsunami mati beratus-ratus ribu orang dan satu lagi negeri gempabumi mati berpuluh-puluh ribu org.

Lebih baik hidup saling sayang menyayangi antara sesama makhluk lebih bahagia aman dan tenteram,manusia dilahirkan dibumi hanya sementara sebagai persinggahan tetapi akan kembali ke tempat kekal abadi.

/>

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja


Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

 

Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

       (1) Sedekah/amal jariahnya,
             (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
                   (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

…Wallahu a’lam
 

/>