TIP PERNIAGAAN



 Di ads4bucks banyak memberi maklumat-maklumat berguna kepada para perniaga yang mana hendak bermula atau sedang untuk memperluaskan perniagaan bersifat global.Sertai rakan ads4bucks untuk keterangan lanjut sila 
http://www.ads4bucks.com/?r=gxM2t4K24wtVZm9


Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.
  • Ringkasan Eksekutif - Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan.
  • Peluang Perniagaan -  Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.
  • Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian -Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk
  • Pelan Pemasaran - Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan,  segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.
  • Pelan Operasi - Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.
  • Pengurusan dan Kakitangan Utama - Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
  • Unjuran Kewangan - Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai  bersama andaian-andaian.
















ARTIKAL PERNIAGAAN





Artikel 'semua yang anda ingin tahu' ini merupakan satu editorial yang berfaedah yang  memberi  satu senarai 'sebelum anda bermula' yang baik. Senarai ini berguna untuk mereka yang serius untuk memulakan perniagaan sendiri.
Memula dan mengurus perniagaan memerlukan motivasi, keinginan dan bakat.  Ia juga memerlukan kajian dan perancangan yang rapi.Seperti permainan catur, kejayaan di dalam perniagaan bermula dengan langkah yang tegas dan tepat. Walaupun kesalahan  yang dilakukan di peringkat permulaan berniagan tidak begitu menjejaskan perniagaan, tetapi ia memerlukan kemahiran, disiplin dan usaha  gigih untuk mendapatkan  semula peluang tersebut.
Untuk berjaya, cari dan nilai matlamat perniagaan dan  juga diri anda.Gunakan maklumat ini untuk merangka pelan perniagaan secara menyeluruh yang dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Proses untuk merancang pelan perniagaan akan membantu anda untuk berfikir mengenai isu-isu penting yang belum anda pertimbangkan. Perancangan anda akan menjadi alat dan buku panduan yang berharga untuk anda berusaha mencari sumber pembiayaan.Ia juga berfungsi sebagai pengukur kejayaan perniagaan anda.

1. Baru Bermula
Sebelum bermula, senaraikan sebab-sebab anda mahu memulakan perniagaan. Sebahagian daripadanya ialah :
· Anda ingin menjadi seorang majikan
· Anda inginkan kebebesan kewangan
· Anda inginkan kebebasan kreativiti
· Anda ingin menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang ada

2. Menentukan perniagaan yang 'sesuai untuk anda'. Tanya diri anda :
· Apa yang saya buat di masa lapang?
· Apakah kemahiran teknikal yang telah saya pelajari atau perolehi?
· Apa pendapat orang lain tentang kebolehan saya?
· Bolehkah saya mendapat sokongan dari keluarga ?
· Berapa banyak masa yang saya ada untuk mengusahakan perniagaan saya?
· Adakah saya mempunyai hobi atau minat yang boleh dipasarkan?

3. Kenalpasti 'niche' perniagaan anda.  Jalankan kajian yang perlu untuk menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah jenis perniagaan yang saya minati?
· Apakah khidmat atau produk yang saya akan pasarkan?
· Adakah idea saya praktikal dan bolehkah ia menepati kehendak/ keperluan?
· Siapakah persaing saya?
· Apakah kelebihan perniagaan saya berbanding dengan perniagaan sedia ada?
· Bolehkah saya memberikan khidmat yang berkualiti tinggi?
· Bolehkah saya mengwujudkan permintaan terhadap perniagaan saya?

4. Buat senarai 'pra-perniagaan'.Anda perlu menjawab soalan-soalan ini:
· Apakah kemahiran dan pengalaman yang boleh saya sumbangkan kepada perniagaan ini?
· Bagaimana kedudukan saya di sisi undang-undang?
· Bagaimana rekod perniagaan akan dikendalikan?
· Apakah jenis perlindungan insuran yang diperlukan?
· Apakah peralatan atau bekalan yang diperlukan?
· Apakah imbuhan untuk diri saya?
· Apakah sumber yang saya perlukan?
· Di manakah premis perniagaan saya?
· Apakah nama perniagaan saya?

Jawapan ini akan membantu anda untuk membuat rancangan perniagaan lebih fokus dan menyeluruh  yang boleh berfungsi sebagai 'blueprint'. Ia akan memberi butiran terperinci bagaimana peniagaan akan dijalankan dan diuruskan.
Rancangan perniagaan merupakan asas penting untuk memulakan perniagaan. Setelah anda menyiapkan rancangan tersebut, semak dengan kawan dan rakan perniagaan.  Apabila anda berpuas hati dengan isi dan strukturnya, buatlah temujanji dengan pegawai bank untuk semakan dan perbincangan lanjut. Rancangan perniagaan adalah dokumen fleksibel dan perlu berubah apabila perniagaan anda berkembang.Klik





/>

Adegan Panas melalui SMS


Akhir-akhir ni saya banyak menerima SMS yang menawarkan video aksi panas melalui talian kalau tak silap no. 36166 tapi dikhususkan untuk yang berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Siapa sebenarnya mereka ini? apa pun syarikat-syarikat Telekomunikasi mesti mengambil tanggungjawab atas penyebaran yang tidak beretika ini.
Pengguna Handphone bukannya seorang dua seperti kita ini sahaja tapi tentunya di kalangan remaja, malahan  masa kini terdapat di kalangan kanak-kanak sekolah rendah juga menggunakannya.
Bagi saya inilah antara punca terbesar berkembangnya gejala sosial yang tidak sihat.  Pihak-pihak berkuasa akan menyalahkan ibu bapa yang tidak membendung anak-anak sedangkan pengaruh SMS ini menular di mana-mana tak kira tempat dan masa, mampukah ibu bapa mengawalnya?

Persoalannya:

Tidak adakah jalan tertentu untuk pihak kerajaan menyekat syarikat-syarikat Telekomunikasi ini daripada mengembangkan bisnes yang merosakkan generasi kita atau Adakah gejala-gejala sebegini termasuk dalam salah satu elemen konsep "1 Malaysia" ?
Astafhfirullaahal 'Azim.

/>

CORETAN : Akhir Kalam



Mengapa Ilmu Penting Untuk Mati Dalam Baik atau Buruk

Badan kita hanyalah badan tumpang. Ia akan dimamah cacing setelah ditimbus tanah. Yang menerima akibat baik dan buruk dari segala perbuatan kita adalah Ruh. Ruh akan menerima Badan Baru di Yaumil Mahsyar. Badan yang kekal dan sesuai untuk hidup selama-lamanya dalam Baik atau dalam Buruk.

Ada orang kata kita akan selamat jika kita beramal. Tetapi amalan ada standardnya, iaitu perlu mengikut tertib yang ditunjukkan Rasulullah. Malahan hidup kita perlu bertertib dan berakhlak. Jika tidak, amalan kita tidak diterima atas dasar kita ikut suka hati. Hanya dengan menuntut ilmu saja kita dapat mengenal baik, buruk, tertib dan akhlak sesama manusia.

Kenal tidak cukup kerana ia sekadar tahu tertib dan tahu akhlak. Kita perlu juga Faham Ilmu, supaya ilmu itu memberi kesan di dalam setiap amalan kita. Untuk Faham Ilmu, makanan dan tabiat kita perlu dijaga supaya tidak mengotorkan hati dan akal kita dengan kegelapan. Dari sinilah kita mulai menarik nikmat ikhlas sebagai hadiah dari Yang Maha Pengasih. Ikhlas adalah benih taqwa. Maka perlahan-lahan dalam kesabaran berputiklah bunga-bunga taqwa yang harum di dalam kehidupan yang penuh cubaan. Nescaya Akhir Kalam berkebarangkalian tinggi adalah perkataan dari mulut seorang mukmin.

Dunia Darul Asbab, di mana Hasil bermula dengan Pilihan.

Ringkasan
PILIH > HARAP > ILMU > AMAL > HALAL > FAHAM > IKHLAS > TAQWA > SABAR > MUKMIN


Sabar adalah kunci segala-galanya.Perhatikan nama Allah ke 99 adalah As-Sobuur (Yang Maha Penyabar)

Kata seorang ahli sufi, jika benar-benar diterapkan sifat sabar ini, sifat-sifat Asmaul Husna Allah yang 98 lagi tu insya-Allah berjaya diterapkan dalam diri seorang mukmin

Binasa manusia kerana tak berilmu
Binasa ilmu kerana tak beramal
Binasa amal kerana tak ikhlas
Binasa ikhlas kerana riyak


Buatlah pilihan yang bijak untuk Akhir Kalam yang diredhai Allah. Wawasan terbaik adalah mati sebagai seorang mukmin.


Yang penting dalam hidup jangan menyusahkan orang,menipu,khianat dan sebagainya.
maka jika yg tersebut di atas itu tiada,maka bahagialah perjalanan hidupnya..
baik buruk dan balasannya akan berubah-ubah ikut zaman dan tempat dia tinggal,mungkin baik disini tapi 10 ribu batu disana buruk,begitulah juga berubah zaman, berubah penilaian.
Sejak akhir zaman ini kemungkaran lebih banyak dibuat oleh penganut agama daripada yg tak beragama,bukti terlalu banyak,saya pernah berkawan dengan mereka yang atheis dan freethinker yang percaya tuhan tapi tidak beragama kadang-kadang nampak mereka lebih berperi kemanusian,penyayang,mudah mengasihani mana-mana makhluk ciptaan Allah daripada mereka yang beragama.
walaupun mereka tak percaya agama tetapi moral,etika dan displin untuk kebaikan mereka tinggi mereka takut membuat kemungkaran kerana mereka yakin segala perbuatan yang menganiaya orang akan dapat balasan setimpalnya didunia lagi,mereka yakin hukum karma atau keseimbangan alam,mereka percaya perjalanan bumi di atur tuhan dengan ketetapan.

Sebaliknya di depan mata kini sendiri selalu nampak mereka yang beragama mudah menghukum kerana fanatik kepercayaannya dan balasan di bumi lagi lihatlah contoh yang terdekat dengan negara jiran kita negeri paling alim di nusantara kerana telah dan dalam proses sepenuhnya melaksanakan hukum agama contoh acheh dan padang satu kena tsunami mati beratus-ratus ribu orang dan satu lagi negeri gempabumi mati berpuluh-puluh ribu org.

Lebih baik hidup saling sayang menyayangi antara sesama makhluk lebih bahagia aman dan tenteram,manusia dilahirkan dibumi hanya sementara sebagai persinggahan tetapi akan kembali ke tempat kekal abadi.

/>

MENGENAI FACEBOOK



~Produk Ciptaan oleh Mark Zucherberg. Boleh ke menggunakan produk ciptaan Yahudi? Selamat kah?~
Bagi pendapat saya ,bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook , dinasihatkan tidak membuka dan menyertai facebook. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram. Contoh , menyertai contest atau jackpot atau games atau dasar 'main-main dan sebagainya yang ditawarkan oleh pihak tertentu yang kita tidak tahu hujung pangkalnya. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap berhati-hati mereka disarankan memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melelui tulisan, video, audio dan sebagainya. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa ,diri dan orang lain. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Ini kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank,taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama,tarikh lahir dan pendidikan. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Malahan, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira menggunakan Facebook adalah kekal HARUS atau DIBENARKAN. Manfaatkan facebook untuk sebarkan mengenai pendidikan Islam adalah DIGALAKKAN sebab ramai dikalangan muda mudi kurang terdidik . Wasalam~
/>

MENGENAI ADS4BUCKS

BannerFans.com

Ads4Bucks adalah sebuah Portal Pengiklanan dan Program Afiliat yang memberi anda kemudahan untuk mengiklankan produk dan juga perkhidmatan anda. Tujuan kami adalah untuk menjadikan Portal ini sebagai sebuah portal pengiklanan yang paling popular di dunia agar pelanggan kami benar-benar dapat menjual produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan efektifnya. Dengan konsep afiliat 100% online ini kami yakin matlamat Ads4Bucks akan tercapai.

Ruang iklan Ads4Bucks serta online tools kami, akan membantu anda untuk menjana pendapatan berterusan yang konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang. Anda boleh mengiklankan produk serta perkhidmatan anda walau pun anda tidak lagi menjadi Agen komuniti Ads4Bucks. Pihak kami akan memastikan portal ini popular dan mendapat hits yang tinggi seterusnya menjadikan kita semua sebuah komuniti perniagaan yang berjaya.

Di samping itu juga, berbagai aktiviti, promosi, peraduan dan lain-lain telah dirancang. Semua ini akan meningkatkan populariti Ads4Bucks sebagai "The Ultimate Address".


Perancangan masa hadapan:
Ads4Tv – Internet TV
Ads4Cafe
Ads4Bucks HyperMarket

Cara-cara menjadi agent Ads4Bucks kami:-
2. login agent bahagian Malaysia site dari Malaysia, jika lain negara Worldwide site
3. klik close[x], di bawah menu web ads4bucks klik bahagian MENGENAI ads4bucks.
4. klik DAFTAR SEKARANG SEBAGAI AGENT ADS4BUCKS!
5. Setelah isi semua maklumat peribadi anda , sila buat pembayaran
6. Sila ym saya auraseri86(yahoo) untuk mendapatkan no.akaun supaya pembayaran dapat dilaksanakan. Harap maklum! sekian , Terima kasih.


/>

PURE MEDITERRANEAN PERFUMES




Memperkenalkan "Pure Mediterranean Perfumes"  produk terhangat pada tahun ini yang dicetuskan oleh Enigma Tech sebuah entiti perniagaan yang berjaya didalam bidang kecantikan. Produk ini merupakan pati minyak wangi tulen yang diimport khas bagi menepati citarasa haruman yang anda kehendaki. "Pure Mediterranean Perfumes" didatangkan secara eksklusif bagi memberikan anda alternatif untuk sentiasa diharumi dengan rumusan bau-bauan pati minyak wangi yang berkonsepkan

'Long Lasting Fragrances'

  Rahsia Keajaiban Wangian Sepanjang Hari …



Asalamualaikum dan Salam Sejahtera,


 Sebab-sebab mengapa anda harus memiliki 'Pure Mediterranean Perfumes' :-


  • Produk ini dikompilasikan dengan 4 jenis haruman yang berlainan
          dan disesuaikan mengikut gender si pemakai.
  • Diilhamkan dari senarai minyak wangi jenama terkenal seperti Dunhill,
          Ralph Lauren,Hugo Boss dan lain-lain tentunya memberikan anda kepuasan sepenuhnya.
  • 'Pure Mediterranean Perfumes' tidak mempunyai alkohol dan ianya amat sesuai bagi pengguna Muslim.
  • Ianya semata-mata pati dan tiada campuran air ataupun 'White Oil'.
  • Sesuai dijadikan cenderahati atau hadiah buat yang tersayang.
  • Sungguh Murah!Tiada tandingan! Sekotak hanya RM28 sahaja!.

    ~ HER  ~
    Perfume 1 Inspired by Britney Spear-Fantasy
    Perfume 2 Inspired by Paris Hilton – Paris Hilton
    Perfume 3 Inspired by J.Lo-Live
    Perfume 4 Inspired by DKNY – Be Delicious
    ~ HIM ~
    Perfume 1 Inspired by Calvin Klein – Eternity
    Perfume 2 Inspired by Dunhill – Desire Red
    Perfume 3 Inspired by Ralph Laurent – Polo Sport
    Perfume 4 Inspired by Hugo Boss – No.6
    GOLD ~ HER ~
    Perfume 1 Inspired by Salvatore Ferragamo – Incanto Shine
    Perfume 2 Inspired by Ralph Laurent – Ralph
    Perfume 3 Inspired by Lancome – Hypnose
    Perfume 4 Inspired by Cacharel – Amor Amor  
    Tempahan / Pembayaran Pure Mediterranean Perfumes sila YM saya auraseri86(yahoo)
/>